» » Adik-Beradik Selebriti Malaysia


Menjadi satu kebanggaan bagi adik-beradik selebriti Malaysia yang mempunyai bakat sama dalam bidang seni.

Mungkin ada di antara peminat yang membuat perbandingan mengenai bakat mereka dan ada juga membuat perbandingan mengenai siapa yang lebih cantik atupun kacak.

Antara adik-beradik selebriti yang mendapat perhatian ramai sekarang adalah Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose, Elfira Loy dan adik-beradiknya, Umie Aida dan Erma Fatima, Emma Maembong dan Cha Cha Maembong dan ramai lagi.



Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa Farid Kamil mempunyai adik yang juga seorang pendatang baru dalam dunia lakonan iaitu Fadzil Zahari.

Fadzli pernah membintangi watak dalam telefilem Takda Lembu, Takda Raya serta dramaBini-Bini Perkasa.



Perangai mereka yang ‘gila-gila’ membuatkan dua beradik cantik ini mendapat perhatian ramai di sosial media. Emma Maembong lebih awal memasuki dalam bidang lakonan dan diikuti oleh adiknya Cha Cha Membong. Kakak mereka Yaya juga aktif berlakon. Abang mereka Bakri seorang pemain drum bersama beberapa kumpulan.



Siapa tak kenal dengan pelakon adik-beradik ini. Bakat mereka yang besar membuatkan nama keluarga Loy terus dikenali ramai. Mereka telah melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak kecil lagi. Mempunyai pendapatan di usia muda tidak membuatkan mereka terus leka mengejar impian sebagai seorang anak seni.



Gaduh ‘manja’ merupakan perkara normal di kalangan adik-beradik. Umie Aida dan Erma Fatima juga tidak terkecuali. Jika di set penggambaran, ada saja perbalahan di antara mereka. Meskipun begitu, Erma Fatima mengakui yang adiknya itu mempunyai bakat lakonan yang sangat besar.



Kemunculan Uqasha Senrose dalam drama popular Sebenarnya Saya Isteri Diamembuatkan ramai yang keliru dengan wajahnya yang seiras Nelydia Senrose. Nelydia lebih aktif berlakon berbanding kakaknya. Kedua-dua adik-beradik ini adalah gadis kacukan Kelantan-Siam.

Ramai lagi selebriti yang ikut jejak abang atau kakak ke bidang yang sama. Datuk Shatifah Aini diikuti adiknya Sharifah Mona pada tahun 70-an.

Semasa nama Datuk Jamal Abdillah hangat muncul adiknya Jamilul Hayat. Seorang lagi adiknya Helmi Hussaini aktif berlakon.

Datuk Khatijah Ibrahim ikut abang, Latiff Ibrahim dan kakaknya Sophia Ibrahim. Abang Datuk Syed Sobrie, Syed Mahadzir juga sempat jadi pelakon.

Nama lain saudara dalam bidang seni antaranya Sharifah Norhaslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah, Ziana dan Anuar Zain, Azlina dan Liza Aziz, Noraliah Lee dan adiknya Bibiana Layola, Normah dan Arifah Damanhuri, Adira dan Ema, Ayda Jebat dan adiknya Fina, Datuk Siti Nurhaliza, Ayie dan Saida, Diddy Hirdi dan abangnya Kay, Aliff dan Aishah Aziz dan lain-lain.

Ada juga artis berkumpulan adik beradik seperti, Ideal Sisters, The Queens, Quinary M, Cenderawasih, Hidayah, KRU, Moin dan lain lain.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .