» »Unlabelled » Erra beraya dengan anak


Semua orang tahu anak Erra Fazira, Engku Aleesya dijaga oleh bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin. Erra hanya dapat hak lawatan. Hanya beberapa hari sahaja dalam seminggu dia boleh bersama anak tunggalnya itu.

Raya kali ini Erra amat gembira kerana pada Hari Raya Pertama dia dapat beraya bersama Aleesya. Itulah kebahagiaan seorang ibu bila dapat bersama anak pada hari bahagia ini. Hari ini Erra sedang beraya bersama anak dan keluarga di kampung ibunya di Sungai Choh, Rawang, Selangor.


“Alhamdulillah tahun ini giliran saya beraya dengan Aleesya pada hari raya pertama,” kata Erra.

Dia sudah menempah baju raya anaknya semasa menempah untuk dirinya sendiri dengan pereka pilihannya. Emran juga turut menempah baju raya untuk Aleesya.

“Sebenarnya Erra lama juga tak beraya di kampung sebab mahu elak pelbagai soalan yang sukar dijawab. Dulu jumpa nenek pun sebelah petang dan bila malam terus balik ke Kuala Lumpur.


“Sekarang bila segalanya dah selesai (bercerai), tidak ada lagi soalan yang sukar nak dijawab dan lebih mudah bagi saya untuk bertemu keluarga… tak perlu nak menepis soalan yang rumit,” akui Erra.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .