Semasa orang lain bergembira nak sambut raya hari ini, penyanyi evergreen Uji Rashid menyambutnya dengan tangisan.
Dia terguris hati bila ada pihak yang memperlekehkan lagu popularnya bertema raya,Seloka Hari Raya.
Video yang menyelitkan suara penceramah mirip Ustaz Kazim Elias itu bertajuk Kesalahan Di Hari Raya .
Video itu meletakkan lagu hari raya sebagai kesalahan No.1. Suara lelaki dalam video itu mengatakan ada lagu yang tak salah dengan memilih lagu Selamat Hari Raya Ahmad Jais sebagai contoh.
“Yang salahnya…Indahnya sungguh di hari raya ramainya orang bersukaria. Adikku manis cantik bergaya bolehkah abang ikut bersama,” kata lelaki dalam video itu sambil mengajuk nyanyian.
Visualnya yang menunjukkan ayat sebagaimana yang dituturkan oleh penceramah turut menulis nama Uji Rashid sebagai penyanyi.
“Ustaz tu tak cari makan dengan menyanyiksn lagu itu. Lagu ini dirakam lebih 30 tahun dulu. Kalau ustaz ni bagi kenyataan ini dulu, berlaparlah keluarga saya,”kata Uji dengan rasa terkilan.
Uji juga berterima kasih kerana ada ustaz yang sanggup menegur, tetapi mengapa lagu itu sahaja ysng dijadikan contoh.
Selain lagu duet bersama Hail Amir itu, Uji juga ada beberapa lagu raya lain iaitu Dengan Bismillah yang menyentuh kemuliaan Ramadan, Doa Di Hari Mulia yang dituju kepada perajurit yang sedang bertugas pada hari raya, Gema Takbir dan Pengertian Hari Raya yang juga duet dengan Hail.
sumber
No comments: