» » Erra, Awie bergabung lagi


Setelah tampil dalam Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya awal tahun ini, Awie dan Erra akan bergabung lagi. Kali ini dalam sebuah filem pula.

Mereka akan berganding dalam filem Warna Cinta Impian. Pastinya akan mengembalikan nostalgia mereka.

Namun kali ini suasanya pasti berbeza kerana pengumuman dibuat semasa Awie sedang lalui masalah rumah tangga dan kes di mahkamah kerana mencederakan isteri, Rozana Misbun.

Erra awal-awal lagi mahu mengelak daripada dilanda gosip. Dia tidak senang kisah lalu hubungannya dengan Awie diungkitkan semata-mata kerana mereka kembali berlakon bersama. Persetujuan mereka untuk terlibat dalam filem itu atas dasar profesional sebagai seorang pelakon.


“Janganlah timbulkan gosip pula,” kata Erra semasa ditemui media pada majlis pelancaran filem itu di Kuala Lumpur semalam.

Warna Cinta Impian turut membariskan pelakon muda Azlee Khairi, Nelydia Senrose dan Syikin Kamal. Turut diperkenalkan pelakon muda kelahiran Singapura, Erwin Shah Dawson.


“Saya tak rasa bermasalah berlakon dengan Awie kerana sebelum ini pun kami baru selesai berlakon teater,” kata Erra.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .