Setelah beberapa tahun hidup sebagai ibu tunggal, raya tahun ini pelakon jelita Rozita Che Wan teruja untuk beraya di samping suami dan keluarga mertua. Pasti lebih manis raya kali ini.
Lebih bahagia kerana dia kini sedang sarat hamil anak pertama hasil pernikahan dengan pelakon kacak Zain Saidin. Dia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur tahun ini.
“Raya kali ini nampaknya berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Saya teruja untuk lalui saat beraya di rumah keluarga mertua,” kata Rozita atau Che Ta kepada majalah Harmoni.
Biasanya bila menjelang raya dia dan adik beradik akan berkumpul di rumah ibu untuk membuat persiapan raya.
“Tahun ini lain pula suasananya dan saya akui teruja untuk merasai pengalaman pertama beraya dengan keluarga Zain,” kata Che Ta lagi.
Namun dia tetap juga balik ke Alor Star, Kedah untuk beraya di rumah keluarganya pula pada hari raya kedua.
Malah dia dan Zain akan bercuti lebih lama di Kedah sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur untuk kembali bekerja. Kini dia sibuk menguruskan perniagaan tudung jenama Padusi yang semakin berkembang.
Sementara itu Che Ta juga dah bergelar produser. Terbitan pertama syarikat Padusi Picture ialah Resipi Memikat Suami yang ditayangkan di Astro Ria.
Program itu menampilkan rahsia kebahagiaan pasangan artis. Che Ta dan Zain juga turut ditampilkan dalam program tersebut. Selain mereka, pasangan Lisa Surihani dan Yusry, Sarah dan Suib Sepahtu antara yang ditampilkan.
sumber
No comments: