» » Enam individu direman bantu siasatan kematian model


Enam individu ditahan polis setakat ini bagi membantu siasatan kes kematian model warga Estonia, Regina Soosalu (gambar), di Pulau Rawa, Mersing, awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata empat daripada mereka yang ditahan polis semalam kini direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 21 Julai depan.

"Dua yang lain pula disambung reman selama enam hari lagi mulai esok sehingga 22 Julai depan selepas tempoh reman mereka berakhir hari ini," katanya menerusi satu kenyataan.

Hasnan berkata perintah reman dibenarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah oleh Mahkamah Majistret Mersing.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.

Sebarang maklumat berhubung kes itu diminta disalurkan kepada Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999, katanya.

Soosalu, 30, tiba di pulau itu pada 1 Julai sebelum ditemui lemas pada hari yang sama.

Mayatnya yang dijumpai dalam laut pada mulanya dipercayai mati akibat lemas sebelum dipercayai dibunuh berdasarkan terdapat kecederaaan pada badan.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .