Perkara itu disahkan sendiri oleh wartawan berkenaan iaitu Ramlah Zainal yang bertugas di Harian Metro .
Ramlah berkata, dia terkejut dengan gosip tersebut sedangkan hubungannya dengan Jamal tidak lebih daripada seorang wartawan dan rakan artis.
"Saya terkejut apabila ada pihak menulis laporan gosip seperti itu," katanya kesal.
Sebuah portal hiburan pada Rabu melaporkan Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 55, semakin akrab dengan seorang wartawan hiburan Harian Metro iaitu Ramlah.
Mereka dikatakan menjalinkan hubungan lebih serius memandangkan kedua-duanya berstatus solo.
Terdahulu, terdapat khabar angin mengenai percintaan Ramlah dan Jamal apabila mereka dikatakan kerap berjumpa.
Sementara itu Ramlah berharap penjelasannya itu dapat melenyapkan gosip tersebut yang dianggap mengarut.
"Saya harap kisah gosip ini tidak menjadi-jadi kerana kami sememangnya tiada apa-apa hubungan pun," tegasnya yang merupakan seorang ibu tunggal.
sumber
No comments: