» » Siti Nurhaliza Kecam Individu Guna Namanya Kutuk Palestin


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengecam tindakan individu yang mewujudkan satu laman Facebook palsu atas namanya dan memuatkan status mengutuk rakyat Palestin yang ketika ini diuji dengan serangan oleh Israel.

Siti, 35, berkata, dia tidak menghalalkan tindakan individu yang menyamar dengan mempergunakan nama dan gambarnya bagi kepentingan tertentu.

"Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.

"Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini," tulisnya di laman Instagram miliknya pada pagi Rabu.

Akaun palsu tersebut melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Palestin dan menganggap ia merupakan perkara biasa yang dilalui masyarakat tersebut.

Selain itu, individu berkenaan turut menyifatkan rakyat negara ini tidak akan mengambil peduli dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.

"Nasib kau lah Palestin. Walaupun bumi kau ada Baitulmaqdis, kami tak peduli... Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestin, kau kotor, lemah dan penakut," antara tulisan yang dimuat naik di akaun palsu itu pada malam Selasa lalu.

Bagaimanapun, pada perenggan kedua tersebut banyak menyindir kepada remaja Melayu yang leka dengan kesenangan yang dimiliki berbanding penduduk Palestin.

Antaranya mengenai anak Malaysia semuanya hebat dan mampu memiliki peralatan teknologi canggih serta mempunyai banyak masa untuk berselfie.

Sementara itu, posting di Instagram milik Siti Nurhaliza mendapat lebih 200 komen sehingga pukul 12 tengah hari Rabu daripada pengikut-pengikutnya turut mengutuk tindakan individu terbabit yang dianggap cuba mencemarkan nama baik penyanyi itu.

Mereka meminta agar Siti mengambil tindakan dan membuat laporan polis terhadap perbuatan individu tersebut.

Salah seorang pengikut Instagramnya, @Faliesskhairol berkata: "Tak elok rasanya gunakan nama orang lain untuk penulisan dan kepentingan sendiri. Dato Siti Nurhaliza public figure of course ramai yang salah anggap nanti sebalik tulisan ini. Sedangkan itu bukan dia, hanya digunakan nama dan wajah beliau sahaja, harap Dato Siti Nurhaliza bersabar.

Sementara, @suechohomelrose pula menulis: "Lebih baik tok ti buat laporan polis orang macam ini kena ambil tindakan".

Manakala, @nurulcuk turut memberi komen iaitu : "Ayat ini seolah-olah perli orang Malaysia... jangan cepat menghukum dan be positif wahai peminat @ctdk.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .