» » Adeline Tsen Suka Watak Jahat


Dikenali dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Adeline Tsen sekali lagi muncul sebagai watak antagonis dalam drama Rindu Awak 200%.

Dia tidak kisah sekiranya sering diberi watak jahat kerana baginya ia lebih mencabar.

“Saya sangat berterima kasih kepada penerbit kerana sudi memilih saya berlakon dalam Rindu Awak 200%. Dalam drama ini saya membawa watak perempuan psiko.

“Bagi saya ia merupakan satu cabaran kerana melibatkan pelbagai emosi seperti marah, sedih, menangis mahupun gembira.

“Sejujurnya saya tidak suka baca novel. Di awal penggambaran, saya hanya berlakon mengikut cara saya tanpa membaca novelRindu Awak 200%.

“Selepas menghayati novel tersebut, barulah saya dapat memperbaiki lagi skil lakonan.

Dia turut memberitahu bahawa seorang pelakon yang baik adalah pelakon yang mampu berlakon secara natural.


“Kalau nak diikutkan semua pelakon boleh berlakon tetapi naturality itu susah nak dapat. Bagi saya dalam lakonan ini kita perlu memperbanyakkan latihan. Dari situ kita dapat tahu kelemahan yang ada,” ujar Adeline.

Terkejut dengan berita MH17

Adeline turut meluahkan rasa simpati terhadap tragedi yang menimpa anak pesawat serta penumpang MH17.

“Semasa menerima berita mengenai tragedi MH17, saya serta krew Rindu Awak 200%baru sahaja pulang dari penggambaran di Istanbul. Kami sampai di KLIA pukul 6 pagi iaitu selang beberapa jam sahaja selepas kejadian tersebut berlaku.

“Saya tak dapat nak gambarkan betapa terkejutnya perasaan saya ketika itu. Paling menyedihkan adalah teman wanita kepada kawan saya turut berada dalam pesawat tersebut,” katanya lagi

Disebabkan kejadian itu, Adeline berasa takut untuk menaiki pesawat kerana kemalangan tersebut merupakan satu perkara yang tak dapat dijangkakan.


“Saya memang sangat suka melancong ke luar negara. Bagi saya kalau ajal saya berakhir di situ, saya terpaksa terima tetapi tidak dinafikan perasaan takut itu memang ada. Perkara seperti ini kita tidak boleh nak jangka,” ujar Adeline.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .