Bishop akan mengetuai usaha Australia untuk mendesak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapatkan akses yang bebas dan terbuka di lokasi kemalangan MH17, menurut laporan ABC News.
Pesawat penumpang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemukaan bumi ke udara yang menyaksikan tubuh dan serpihan yang terbakar bertaburan di seluruh padang kawasan bergolak Ukraine.
Enam pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Australia dan Perdagangan dihantar ke Kiev dan banyak lagi sedang dalam perjalanan termasuk lima anggota pasukan tindakan kecemasan dan juga pasukan penyiasat Polis Persekutuan Australia.
Bishop berkata, rayuan Kerajaan Australia akan dikemukakan kepada PBB.
"Saya bercakap dengan wakil kami di PBB dan saya faham gesaan kami resolusi terpakai akan dibahaskan dalam minggu depan," kata Bishop sebagaimana dipetik ABC News.
"Saya juga akan ke Washington untuk bertemu dengan pakar keselamatan dan perisikan untuk memastikan Australia diberi taklimat penuh mengenai perisikan antarabangsa yang boleh didapati berhubung perkara ini kerana kita berazam memastikan apa yang berlaku, kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan siapa bertanggungjawab," kata menteri Luar itu.
sumber
No comments: