Pemberontak pro-Rusia yang mengawal tapak itu sebelum ini juga tidak lagi kelihatan, meninggalkan lebih kurang sedozen katil pengusung, topeng kertas dan sarung tangan plastik terbiar di sana.
Tiang yang menandai lokasi di mana mayat dijumpai di ladang itu juga dialihkan, lapor pemberita itu.
Katanya, kru kecemasan tempatan yang tidak berada di tapak itu tidak mahu mengulas perkara itu apabila dihubungi melalui telefon tetapi berkata pihak pemisah akan mengeluarkan kenyataan rasmi kemudian.
Pada Sabtu, Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) berkata 55 beg mayat dan 55 tanda dilihat di tapak itu sebelum ini.
sumber
No comments: