Benar soal jodoh, ajal, maut dan rezeki itu adalah ketetapan Allah SWT. Namun pilihan terletak di tangan kita bukan?
Kalau kita yang pilih nak buat apa-apa pun dengan cara yang betul, mesti Allah reda dan permudahkan. Betul tak Raden?” Soal Zara, bekas rakan sepejabat Raden.
Fikiran Raden yang sebentar tadi menerawang entah ke mana tersentak tiba-tiba. Seolah-olah tidak berpuas hati Raden tidak memberi sebarang reaksi, Zara menyergah. “Raden, dengar tak apa yang I cakap tadi? You setuju ke tak?”
Soalnya seakan mendesak dan Raden hanya mampu menganggukkan kepala tanda setuju. Teka Raden, Zara ingin memanjangkan perbualan kami selepas menerima perkhabaran seorang kenalan kami yang khabarnya bernikah di Songkhla, Thailand. “You merujuk kepada kes Nina yang nikah dengan VVIP di Thailand tu ke Zara?” Soal Raden sekadar mencetuskan provokasi. “You ni memang ada telepathy dengan Ilah Raden. Back to Nina’s story, I cuma tak suka dengan cara dia.
Jadi isteri kedua satu bab, nikah pula dengan cara macam itu. Kalau I jadi adik-beradik dia, rasa malu sampai tak tahu nak letak muka di mana,” ulas Zara panjang lebar.
Rata-rata kenalan Raden membantah keras dan tidak kurang juga ingin memulaukan Nina gara-gara isu hangat yang dikaitkan dengan VVIP. Ujar Zara, “I ingat lagi dahulu, Nina cakap I tak sangguplah nak bermadu tapi sekarang apa cerita?
Macam ludah ke langit pula,” Zara meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya. Raden enggan mengulas lanjut dan cukup sekadar menjadi orang tengah kerana kedua-duanya rakan Raden. “Tapi Zara, I rasa Nina ambil tindakan macam itu mesti bersebab,” celah Raden sekadar memberi pendapat. “Maksudnya you sokonglah apa yang dia buat itu?” Soal Zara dengan nada sinis.
Benar telahan Raden sebentar tadi, pasti Zara melenting kala mendengar pandangan Raden. “Bukan I sokong tapi kita sebagai ‘orang luar’ dalam rumahtangga dia tak berhak untuk menjatuhkan hukum atau masuk campur,” jelas Raden terperinci.
Sedikit terpukul dengan statement Raden, Zara sekadar membisu. Kopi espresso di hadapannya dihirup perlahan. Masih tidak berpuas hati dengan kenyataan Raden, telefon bimbit Zara berdering. Tertera nama Nina di atas skrin lantas Zara berkata, “You tengok Nina, macam dia tahu aje kita mengumpat terus dia call,” Raden tidak mempedulikan apa yang mereka bualkan sekadar mendengar. “I dengan Raden tunggu you di sini.”
Zara pasti tidak akan lepaskan peluang ini untuk mendengar sendiri pengakuan Nina. Dan seperti yang dijanjikan, Nina tiba. Cantik dan aura glamor persis selebriti jelas terpancar di wajahnya. Usai bersalaman sambil menanggalkan kaca mata hitamnya, Nina memesan air.
“Sejak dah jadi isteri VVIP ni, gaya you dah macam artislah Nina,” ujar Zara sekadar mengambil hati Nina. “Biasa ajelah Zara. You aje yang pandai tokok tambah,” Nina memilih untuk memberi jawapan selamat. “Okey, I tak nak buang masa, you better explain from A to Z apa cerita yang sebenarnya antara you dengan Dato yang katanya VVIP tu?” Seakan bom atom yang meledak, bertubi-tubi lontaran hujah Zara.
Bagi Raden tidak wajar sekiranya memihak kepada Zara sahaja tanpa mendengar penjelasan Nina terlebih dahulu. Malah Raden lebih selesa berdiam diri dan bercakap apabila perlu sahaja. “Amboi Zara, statement mengalahkan wartawan hiburan. I belum sempat minum lagi you dah bikin panas ye,” komen Nina sekadar meredakan suasana tegang petang itu.
Dek kerana panas telinga dengan statement Zara sebentar tadi akhirnya Nina membuka mulut. “I jadi isteri nombor dua bersebab. Memang I tak nak hidup bermadu tapi kalau hidup dan masa depan anak-anak I lebih terjamin, takkan I nak tolak,” jelas Nina menerangkan duduk perkara sebenar. Belum sempat dia menghuraikan dengan lebih lanjut Zara memintas, “Tapi bukan dengan cara bernikah di Thailand senyapsenyap.
Tup-tup dah jadi bini nombor dua VVIP. Nampak sangat you ni materialistic Nina!” Zara puas usai melepaskan apa yang terpendam di benaknya. Berang dengan kenyataan Zara, wajah Nina sedikit kemerahmerahan menahan marah. Tetapi Nina lebih cool dan profesional.
“I am second wife Zara, what do you expect from me? You nak I buat majlis grand macam anak dara kahwin ke? Walaupun dia VVIP, I bukan jenis yang minta itu ini.
I Cuma fikirkan masa depan anak-anak I. Untuk makluman you, kami bukan berkahwin senyap-senyap di Thailand. Kami bernikah di sini dan apa yang you dengar selama ini rumours semata-mata. Hanya kerana dia VVIP macam-macam orang boleh buat spekulasi,” jelas dan terang pengakuan Nina.
Nyata dia tidak betah apabila mulut-mulut bisa kenalannya mencemuh tindakannya. Wajah Zara sedikit tersentak. Tergamam mendegar penjelasan terperinci daripada Nina. Perkahwinan Nina sebelum ini berakhir dengan perceraian kerana suaminya terjebak dalam kancah dadah.
sumber
No comments: