» » Wanita perlu ambil risiko, jangan berada di belakang


Wanita perlu bangkit dan tidak terus menoleh ke belakang kerana mereka sememangnya mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian, kata Dyana Sofya Mohd Daud.

Calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan itu berkata, atas dasar itulah beliau mahu dipilih sebagai ahli Parlimen agar aspirasi wanita mampu diperjuangkan di peringkat kebangsaan.

"Saya di sini sebagai satu mesej untuk memperkasakan wanita. Wanita harus tahu mereka ada keupayaan untuk melakukan sesuatu seperti ini

"Ambil risiko. Jangan berada di belakang. Saya percaya ramai wanita di Malaysia mempunyai semangat sebegini. Mereka perlu keluar dan bersuara," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan, hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah seorang alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Sharifah Halimah Jaafar yang memberikan sokongan penuh kepada Dyana untuk bertanding atas tiket DAP.

Halimah yang juga seorang doktor pakar sakit puan di sebuah hospital swasta di Ipoh berkata, sekiranya Dyana terpilih sebagai wakil rakyat, ia mampu membawa gambaran seorang wakil rakyat muda dan profesional.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .