Dyana Sofya Mohd Daud mengakui takut dengan tindakan sebilangan penduduk kampung yang mengganggunya ketika berkempen petang semalam.
Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan itu bagaimanapun berkata, usaha pihak yang cuba menakut-nakutkannya itu tidak mungkin akan melunturkan semangatnya untuk berkempen pada hari berikutnya.
"Mestilah saya rasa takut. Siapa tak rasa takut dengan tindakan sebegini. Tetapi saya percaya saya di sini mahu berjumpa rakyat.
"Buatlah provokasi macam mana pun, sasaran saya hanya mahu bertemu pengundi dan berkempen," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan, hari ini.
Petang semalam kira-kira 8 pemuda bermotosikal menghalakan asap motor ke arah pasukan kempen DAP dan seorang daripada mereka kelihatan memakai topi dengan logo Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari yang berada di tempat kejadian berkata, pemuda berkenaan mengganggu dengan menghalakan ekzos motosikal kepada kumpulan mereka sepanjang kempen dijalankan.
sumber
No comments: