» » 'Khairy terasing dalam Umno, ucapannya wakili diri sendiri'


Lim Kit Siang hari ini tidak memandang serius kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mendakwa pertandingan Dyana Sofya Mohd Daud di Teluk Intan tidak menjejaskan Barisan Nasional .

Ketua parlimen DAP itu berkata, Khairy yang juga ketua Pemuda Umno merupakan pemimpin asing dalam parti itu dan kenyataannya tidak sesekali mewakili pemimpin Umno.

"Sebenarnya Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan pemimpin Umno lain tidak bersetuju dengannya. Dia orang yang sangat terasing dalam Umno.

"Cakapnya tidak mewakili kepimpinan Umno tetapi hanya mewakili dirinya sendiri. Ia hanya Khairy seorang sahaja," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan, hari ini.

Malam tadi, Khairy berkata, setakat ini Dyana tidak menjadi ancaman kepada BN kerana calon parti itu Datuk Mah Siew Keong merupakan calon yang mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, Dyana hanyalah merupakan segelintir golongan anak muda Melayu menyertai DAP yang belum tentu dapat memenuhi aspirasi orang muda.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .