Analisis mereka merangkumi soalan pelbagai isu daripada kedudukan terakhir yang diketahui bagi Malaysia Airlines Boeing 777- 200ER yang membawa 239 orang itu apabila ia hilang pada 8 Mac kepada penangguhan operasi mencari dan menyelamat bagi pesawat yang masih belum dijumpai itu.
Laporan itu diemelkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, oleh rakan sejawatannya dari Australia Tony Abbot , menteri-menteri kanan kerajaan, pegawai-pegawai dan organisasi antarabangsa termasuk pihak berkuasa penerbangan awam dan agensi penyiasatan.
"Tujuan analisis ini adalah untuk mengetengahkan percanggahan fakta atau butiran dalam laporan itu sendiri, dan untuk mengumpulkan persoalan utama orang ramai yang sepatutnya dijawab tetapi sehingga kini belum terjawab, " kata ahli keluarga penumpang MH370.
Putrajaya mengeluarkan laporan awal lima muka pada 1 Mei, secara ringkas memperincikan komunikasi antara juruterbang pesawat dan pusat kawalan trafik udara selain daripada butir maklum balas selepas ia hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing.
Laporan menyeluruh
"Kami meminta Laporan Interim yang komprehensif dikeluarkan secepat mungkin memperincikan semua fakta diketahui, termasuk banyak perkara yang kami sebut satu persatu dalam analisis.
"Kami percaya menghapuskan maklumat dan andaian yang salah adalah sama pentingnya dengan mengesahkan maklumat dan andaian yang betul," kata mereka.
Waris keluarga itu berkata, mereka juga mahukan "ketelusan dan pendedahan sepenuhnya dengan niat yang baik dalam semua aspek MH370 untuk membolehkan analisis bebas dan diguna pakai apabila pelbagai organisasi dan negara yang terlibat dalam penyiasatan dan pencarian yang berkaitan dengan MH370 untuk membolehkan semakan bebas dan pengawasan dibuat."
Mereka juga berharap untuk mendapat akses kepada individu dan organisasi "yang mungkin bernilai kepada penyiasatan itu, dan/atau kepada keluarga yang terlibat, untuk tujuan mencari kebenaran".
"Kita tidak boleh membenarkan ia pergi tanpa diselesaikan. 8 juta orang yang terbang setiap hari berhak mendapat jawapan.
"Penumpang dan anak kapal berhak mengetahui apa yang ditemui," kata mereka dalam e-mel itu, sambil menambah analisis disusun dengan input pelbagai pakar daripada pelbagai bidang dan enjin carian Google.
Hubungan terakhir MH370
Antara soalan yang dibangkitkan dalam analisa itu termasuk kekeliruan tentang bila titik terakhir perhubungan dengan pesawat MH370.
"Terdapat beberapa kekeliruan titik terakhir perhubungan. Antara laporan itu sendiri dan peta yang disediakan dalam lampiran, ada tiga masa yang berlainan diberikan: 01:06:43, 01:07:49 dan 01:07:55. Yang mana satu?,” mereka bertanya.
Mereka berkata, laporan itu tidak menyertakan anggaran masa ketibaan (ETA) setiap waypoint yang dijangka daripada penerbangan harian, juga tidak menunjukkan sama ada ETA sebenar pada IGARI dan BITOD titik laluan mengikut jangkaan, atau dikemaskini dan diluluskan oleh pusat kawalan trafik udara Kuala Lumpur (KL-ATCC) atau pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh (HCM-ATCC).
"Adakah apa-apa ETA diserahkan kepada HCM-ATCC, dan adakah semakan kepada ETA diberikan kerana laporan itu menunjukkan pesawat itu diluluskan terus ke IGARI?
"Ia adalah sangat penting untuk menjelaskan perkara ini kerana ia akan menunjukkan sama ada HCM-ATCC akan menjangkakan MH370 untuk menghubungi mereka pada 01:21 MYT," kata mereka dalam laporan analisis.
Keluarga berkata, menurut kajian mereka, apa-apa perubahan pada masa ETA melepasi tiga minit, ia mesti dilaporkan.
"Apakah ia berlaku? Jika kesilapan masa diberikan (contohnya 01:33:00 MYT ), maka HCM- ATCC tidak akan memberi perhatian kepada IGARI sehinggalah kemudiannya.
"Ini juga akan membuktikan yang HCM-ATCC mengikuti Standard Prosedur Operasi. Tetapi, maklumat ini tidak ada dalam laporan awal," kata mereka.
Pusingan balik di udara?
Para ahli keluarga dalam analisis mereka juga berkata laporan awal gagal untuk menyatakan apa-apa mengenai di mana dan bila sepatutnya "pusingan balik".
"Dengan andaian pusingan balik berlaku, apa laluan pesawat itu sebenarnya? Berapa lama ia berada dalam wilayah Malaysia daripada segi jarak dan masa?
"Tidak ada maklumat dalam laporan sebelum ini MH370 menukar pada atau sekitar titik "pusingan balik”. Pada satu ketika ia dilaporkan MH370 meningkatkan ketinggian kepada lebih 40,000 kaki, dan juga ia jatuh kepada hanya 5,000 kaki," kata mereka.
Mereka berkata, "1 jam dan 16 minit selepas pesawat itu terputus hubungan dengan radar, OPS MAS masih berterusan untuk memeberikan maklumat yang salah kepada KL & HCM-ATCC, sehingga ke tahap memberikan koordinat, yang membuatkannya semacam maklumat yang sangat boleh dipercayai".
"Dari mana koordinat ini datang? Jika dari sistem, siapa pengeluarnya dan apa model dan versi sistem itu?,” kata mereka.
Masih dalam ruang udara Malaysia
Mereka berkata, banyak rasa ingin tahu tentang kapten, yang namanya disunting, dan menyimpulkan pesawat itu masih dalam ruang udara Malaysia.
"Pada 5.20, terdapat komen pesawat tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia. Kenyataan ini memerlukan siasatan yang meluas tentang mengapa individu ini menyatakan ini.
"Siapa, atau agensi mana kapten ini berasal? Mengapa dia berfikir pesawat itu tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia atau berdasarkan maklumat mana dia membuat penilaian ini," kata mereka dan meminta Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menyediakan salinan semua buku log.
Mereka juga menunjukkan beberapa kejanggalan dalam laporan itu, termasuk tidak menyebut tentang penayangan semula radar awam DCA di Kota Baru dan Langkawi yang di bawah laluan penerbangan pesawat jika ia membuat pusingan balik.
Tindakan TUDM
Keluarga juga mempersoalkan peranan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam beberapa perkara.
"Apakah bukti yang menyebabkan mereka menilai ini adalah pesawat yang "friendly"? Apakah bukti yang menunjukkan ia adalah pesawat MH370?
"Siapa yang membuat keputusan tidak menghantar jet pejuang untuk memintas?,” soal mereka, merujuk kepada kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tiada jet pejuang dihantar untuk memintasnya dengan alasan ia dianggap "friendly".
"Adakah ia satu pengabaian tugas oleh tentera udara atau adakah ia satu percubaan yang sengaja untuk membolehkan pesawat itu terbang ke lokasi lain yang rahsia," kata ahli keluarga itu.
Mereka berkata, berdasarkan peta, laluan kapal itu akan melintasi Pangkalan Tentera Udara Malaysia di Gong Kedak dan kemudian terus ke arah Pangkalan Butterworth.
Kegagalan penyiasatan
Mereka berkata, laporan Putrajaya gagal untuk menunjukkan siasatan lain yang dimulakan kerana tidak ada maklumat disediakan.
"Tidak ada dinyatakan usaha dibuat untuk menyiasat penumpang, anak kapal dan pekerja lain yang berkaitan.
"Antaranya persatuan keluarga, kebanyakan kami tidak pernah dihubungi tentang orang yang kami sayangi atau diri kami sendiri. Bagaimana semua penumpang ini disahkan bersih?," soal mereka.
Hishammuddin dalam rakaman temubual dengan stesen televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) berkata, kerajaan akan mendedahkan semua butiran dalam siasatan. Putrajaya menubuhkan empat jawatankuasa untuk meneliti pelbagai aspek membabitkan pesawat hilang itu tetapi tidak mengumumkan apa-apa maklumat sehingga kini.
No comments: