» » Ashley Cole Ucap Selamat Tinggal Kepada Chelsea


BEK kiri Chelsea, Ashley Cole bukan sahaja mengejutkan para peminatnya dengan membuat pengumuman terbuka yang dia mahu bersara di peringkat antarabangsa baru-baru ini malah kini lebih mengejutkan apabila dia mengucapkan selamat tinggal kepada kelabnya pula.
Dalam pengumuman menerusi laman Twitternya, Coleh memberi bayangan yang dia akan meninggalkan Chelsea selepas lapan tahun berkhidmat dengan kelab London itu. Dia juga turut memadam statusnya dalam laman tersebut sebagai bek kiri Chelsea dan Engand.

Kontraknya bersama Chelsea akan tamat bulan depan dan walaupun Pengurus Chelsea, José Mourinho berkata yang dia telah mengesyorkan kepada lembaga pengarah supaya kontrak Cole disambung setahun lagi tetapi nampaknya pemain itu sendiri seperti sudah dapat merasakan yang jangka hayatnya bersama kelab itu sudah sampai ke penghujungnya.

"Saya kini sedang menimbangkan dengan ejen saya apa opsyen yang ada untuk musim depan dan sayang sekali ia tidak kelihatan seperti chelsea akan menjadi sebahagian dari opsyen tersebut," kata Cole.

Cole tidak menyatakan apakah yang menyebabkan dia tidak melihat Chelsea sebagai sebahagian daripada opsyen yang perlu dipertimbangkan untuk musim depan.

Dua cuma menambah: "Terima kasih Chelsea FC kerana menjadikan tempoh lapan tahun saya berada di sini sebagai tempat yang terbaik untuk saya berkhidmat sama ada dalam baik atau dalam keadaan yang buruk. Dan kepada para penyokong semua, terima kasih kerana memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami keyakinan untuk memenangi beberapa trofi yang menakjubkan. Saya perlu meneruskan perjalanan saya ke fasa yang berikutnya dan saya berharap akan terus memenangi sesuatu lagi."

Pada Februari lalu, Mourinho berkata yang Cole akan ditawarkan lanjutan kontrak untuk setahun lagi.

Chelsea sepertimana Manchester United mempunyai polisi iaitu hanya menawarkan lanjutan kontrak setahun demi setahun kepada mana-mana pemain yang telah berusia melebihi 30 tahun. Cole kini berusia 33 tahun.

Bagaimana pun Mourinho memberi bayangan yang ada kemungkinan Cole sedang menimbang cadangan untuk menyertai bekas rakan sepasukannya Thierry Henry di New York Red Bulls, Amerika Syarikat musim depan.

Cole semakin hari semakin gelisah kerana dia bukan lagi menjadi pemain pilihan utama di Chelsea dan mendapati dirinya berada di belakang pemain Sepanyol, César Azpilicueta.

Dia sebelum ini mengumumkan persaraannya dari arena antarabangsa sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada Pengurus England, Roy Hodgson yang dia tidak akan disenaraikan dalam skuad Piala Dunia England.

Cole menyertai Chelsea dari Arsenal pada tahun 2006 dengan harga £5 juta (sebagai pertukaran dengan William Gallas) dan telah bermain sebanyak 338 perlawanan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .