PENGURUS baharu Manchester United, Louis van Gaal yang diberikan kontrak bernilai £6 juta setahun turut disediakan perbelanjaan sebanyak £200 juta bagi melakukan rombakan terhadap kelab tersebut.
Dengan perbelanjaan setinggi itu, Van Gaal berjaya mencipta rekod pengurus yang diberikan perbelanjaan terbanyak di kelab berkenaan selama ini.
Pelantikan jurulatih Belanda terbabit merupakan pilihan pemilik United bagi digantikan dengan David Moyes yang dipecat gara-gara gagal mengekalkan momentum United.
Seiring dengan pelantikan itu, Van Gaal turut mengumumkan bekas pemain, Ryan Giggs sebagai pembantunya untuk mengharungi musim depan.
Walaupun akan memulakan tugasnya selepas kempen Piala Dunia, namun Van Gaal telah mengarahkan pegawainya untuk menyenaraikan pemain yang akan dibawa masuk pada musim depan.
Antara pemain yang dilaporkan telah disenarai pendek oleh United ialah pertahanan Jerman, Mats Hummels dan Holger Badstuber, selain pemain tengah seperti Toni Kroos dan Arjen Robben termasuk penyerang Mario Mandzukic.
Selain itu jurulatih penjaga gol, Chris Woods dan beberapa lagi pegawai akan ditukar bagi memastikan United kembali sebagai kelab bola sepak digeruni dan mampu memberi pulangan lumayan kepada pemiliknya.
sumber
No comments: