» » Mourinho Hantar Mesej Cemburukan Van Gaal


LOUIS van Gaal mendedahkan bahawa Jose Mourinho dengan iri hati telah menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah kepadanya selepas dilantik sebagai pengurus Manchester United pada Isnin.

Jurulatih terkenal berusia 62 tahun telah diumumkan secara rasmi bagi menggantikan David Moyes yang dipecat United sebelum ini.

Menurut Van gaal, pengendali Chelsea itu cemburu terhadap kerjayanya kerana telah membimbing Barcelona, Bayern Munich, Ajax dan Belanda.

"Mourinho mengucapkan tahniah pada saya. Dia merupakan individu pertama yang saya mesej dan dia juga orang pertama membalas mesej untuk mengucapkan tahniah. Mourinho berkata dia cemburu terhadap kelab yang pernah saya bimbing sebelum ini.


"Saya tidak menghubungi Manchester United (untuk jawatan), saya juga tidak menghubungi Bayern Munich, mereka yang sentiasa hubungi saya. Saya berbangga kerananya," jelasnya.

Selain itu, warga Belanda terbabit turut menyedari cabaran yang bakal dipikulnya untuk meletakkan United kembali ke kedudukan yang ditinggal Alex Ferguson selepas David Moyes meninggalkan pasukan berkenaan di tempat ketujuh Liga Perdana Inggeris.

"Sasaran saya adalah untuk meletakkan kembali United di kedudukan pertama Liga Perdana Inggeris secepat mungkin kerana kelab berkenaan berada di tempat berkenaan semasa ditinggalkan Ferguson.

"Saya juga pasti akan duduk dan minum bersama Ferguson kerana kami pernah melakukannya (pada 1998) dan di antara kami juga tidak mempunyai sebarang masalah.


"United merupakan sebuah kelab besar yang mempunyai pasaran di seluruh dunia. Malah mempunyai bajet yang besar untuk melakukan yang terbaik," katanya.

Van Gaal telah diberikan sebanyak £200 juta untuk melakukan rombakan terhadap skuad berkenaan pada musim panas ini.

United kini telah mewujudkan hubungan dengan pemain seperti Arjen Robben, Cesc Fabregas dan Luke Shaw, oleh itu Van Gaal berharap mereka akan menjadi pemain pertama yang tiba ketika tingkap perpindahan dibuka.

"Saya tidak bercakap mengenai wang tetapi kami bercakap mengenai pemain yang saya mahukan. Kita lihat adakah United akan dapatkan mereka dan kita juga akan melihat siapa yang akan pergi.

"Saya berfikir untuk bersara atau pergi ke England. Isteri saya, Truus mahu saya bersara tetapi kini kami akan ke England," ujarnya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .