» » Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia sokong penuh Malaysia sertai TPPA


Menjelang lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia, Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (Amcham) hari ini menekankan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) penting untuk meningkatan pelaburan asing ke Malaysia.

Presidennya, Sanjeev Nanavati menyokong penuh supaya perjanjian tersebut dilengkapkan secepat mungkin.

"Kami menyokongnya dan percaya TPP adalah baik kepada Malaysia.

Jelasnya, apa sahaja perjanjian perdagangan akan beri memberikan manfaat kepada syarikat yang menjalankan perniagaan di Malaysia dan syarikat Malaysia di luar negara," kata beliau semasa sesi dialog bersama Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida).

Kali terakhir Malaysia menerima lawatan Presiden Amerika Syarikat ialah pada 1966, oleh Presiden Lyndon Johnson.

TPPA merupakan inisiatif membentuk kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei pada Oktober 2010 lalu.

Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak, antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga pembangkang.

Amerika antara penyumbang Pelaburan Langsung Asing (FDI) terbesar di Malaysia, menurut Jabatan Statistik AS, iaitu dianggarkan $20 bilion pada tahun 2011.

Amcham berkata TPPA akan meningkatkan daya saing FDI Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang turut hadir dalam sesi dialog itu, berkata perbincangan masih diteruskan untuk mendapatkan yang terbaik daripada TPPA.

"Ya, setiap kali saya berjumpa dengan mereka, mereka akan tekankan pentingnya TPP kepada peluang pekerjaan, kepada pendapatan kasar negara.

"Tapi saya kata ia bukan hanya penting kepada syarikat, tetapi orang ramai juga perlu mendapatkan manfaatnya," kata Mustapa.

Mustapa berkata setakat ini tiada sebarang perjanjian atau persetujuan dicapai menjelang lawatan Obama, sebaliknya lawatan tersebut lebih tertumpu ke arah mengukuhkan hubungan ekonomi, pertahanan dan pendidikan dengan Malaysia.

Sektor perniagaan di Malaysia juga menggesa TPP disegerakan.

Naib Presiden Intel Corporation Robin Martin berkata perjanjian tersebut akan meningkatkan lagi pelaburan berteknologi tinggi di Malaysia.

"Kami menggesa kerajaan Malaysia menyokong pembaharuan TPP yang direka untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi di Malaysia," kata Martin semasa sesi dialog hari ini.

Beberapa tokoh industi lain juga melahirkan pendirian sama menyokong TPPA.

Termasuk Malaysia, 12 negara lain yang terlibat dalam rundingan rahsia TPPA adalah AS, Australia, Brunei, Chile, New Zealand, Peru, Singapura, Jepun, Vietnam, Mexico dan Kanada.

Peningkatan bantahan beberapa badan bukan kerajaan termasuk Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) terhadap TPPA menyebabkan Putrajaya mengambil keputusan untuk menangguhkan sebarang keputusan muktamad sehingga selesai dua analisis kos manfaat terhadap kesannya ke atas kebajikan nasional dan industri kecil dan sederhana Bumiputera.

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .