Pihak berkuasa China menolak kemungkinan bahawa rakyatnya terlibat dalam aktiviti keganasan dan sabotaj dalam isu kehilangan MH370, kata dutanya ke Malaysia Huang Hui Kang.
Huang berkata, mereka mendapati “tiada sebab atau bukti” untuk mengesyaki penumpang Uygur dari Tibet terlibat mensabotaj pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.
“Seramai 151 penumpang China, kami dapati tiada bukti menunjukkan mereka terlibat dengan sebarang usaha terhadap MH370.
“Oleh itu, perkara ini menghapuskan keraguan terhadap keganasan dan sabotaj mereka,” katanya dalam taklimat media di kedutaan hari ini.
Daftar pesawat yang hilang itu menunjukkan terdapat 152 penumpang warganegara China, seorang Hong Kong dan seorang lagi Taiwan.
Sumber M-K
No comments: