Terdapat kemungkinan laluan penerbangan Boeing 777-200ER diubah oleh seseorang yang memprogramkannya melalui komputer pesawat itu daripada kokpit, lapor New York Times(NYT).
Memetik seorang pegawai kanan Amerika, seseorang itu dilaporkan pasti mempunyai mengetahui perihal sistem pesawat.
NYT juga memetik pegawai Amerika yang membantu siasatan Malaysia bahawa pemprograman semula mungkin berlaku sebelum Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) ditutup.
Dan menurutnya lagi, pertukaran haluan pertama ke arah Barat dibuat oleh komputer pesawat.
Sumber M-K
No comments: