Kementerian Pertahanan Indonesia menolak spekulasi bahawa republik itu terlibat dalam pakatan tertentu untuk menyembunyikan kedudukan sebenar pesawat MH370, seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Akhbar Umno itu, memetik laman web Cabal Times, melaporkan spekulasi MH370 mendarat di pangkalan tentera AS di Diego Gracia dan radar Indonesia didakwa sudah pasti mengesan kedudukannya.
Menurut laporan itu lagi, Indonesia yang dipercayai terlibat dalam gerakan 'rahsia globalisasi' atau pakatan Barat yang mempunyai agenda tertentu, sudah pasti berdiam diri.
Bagaimanapun, Merdeka.com melaporkan perkara itu ditanggap dengan tenang oleh pemerintah Indonesia yang melibat tanggapan itu sebagai “sangat lucu”.
“Kita kan membantu mereka, salah satu dari 25 negara yang bantu mencari, sampai sekarang,” pegawai kanan Kementerian Pertahanan Indonesia Sumardi Brotodiningrat dilapor sebagai berkata di Jakarta Pusat pada Isnin.
Sumardi juga berkata hairan dengan dakwaan itu dan berkata ia harus dijelaskan.
"Saya belum tahu apa-apa, saya mengamati terus, kita belum tahu pesawatnya di mana," katanya.
Sumber M-K
No comments: