headlines

    2:03
» » » Perdana Menteri Israel disiasat rasuah hanya kerana terima hadiah mahal


Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu disiasat polis atas tuduhan rasuah selepas menerima hadiah mahal daripada seorang ahli perniagaan.

Memetik media tempatan, dpa melaporkan, unit siasatan khas rejim itu Lahav 433 telah pun melawat kediaman rasminya.

Netanyahu menafikan dakwaan rasuah dalam kenyataan sebelum itu.

“Tiada apa akan ditemui kerana memang tiada apa,” katanya seperti dilaporkan ynet.

Haaretz melaporkan dia menerima sepersalinan pakaian manakala anaknya Yair mendapatkan tajaan melancong ke luar negeri.

Siasatan terhadap perdana menteri itu diarahkan oleh Peguam Negara Avichai Mandelblit.


About Izikit

«
Next
Bekas pegawai kanan SPRM bersara awal kerana tidak mahu terlibat dengan 'rasuah'
»
Previous
Bursa Malaysia terus lembap dalam awal 2017

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .