» » » "Tidak seorang pun di Malaysia yang didakwa atas skandal 1MDB.tapi ada yang dipenjarakan kerana dedahkan skandal itu"


The Economist memberi gambaran suram ke atas Malaysia berhubung isu 1MDB, yang didakwanya menggoncang keyakinan pelabur asing dan menjejaskan penarafan antarabangsa negara ini.

Menurut penerbitan itu, skandal seumpama itu sepatutnya menyaksikan perubahan pada kadar segera dalam kerajaan.

Walau bagaimanapun, Economist berkata jika landskap politik di Malaysia mahu berubah, pembangkang sepatutnya berubah telebih dahulu

Katanya, ramai masyarakat Melayu luar bandar masih menganggap skandal 1MDB adalah urusan terpencil manakala warga kota tertentu masih menyokong kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding pembangkang.

"Jika mahu perubahan, pembangkang yang begitu berbeza perlu melakukan kerja lebih baik bagi memenangi hati rakyat; pihak bertelagah mesti mengatasi masalah mereka dan memperkenalkan calon munasabah untuk menggantikan Najib pada pilihan raya umum akan datang.

"Demokrasi di Malaysia sentiasa tidak sempurna, tetapi reputan di institusinya menjejaskan kedudukan di taraf antarabangsa dan juga prospek ekonomi," katanya.

The Economist mendakwa Umno telah mecipta pelbagai kaedah untuk melindungi pemimpinnya dari pemberontakan dalaman.

"Oleh itu, Najib mendapati mudah untuk menyingkirkan pengkritiknya, melambatkan siasatan parlimen dan menggantikan Peguam Negara yang dikatakan mahu mengenakan pertuduhan terhadapnya.

"Tidak seorang pun di Malaysia yang didakwa atas kehilangan wang 1MDB. 

Tetapi mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang ahli politik pembangkang yang cuba mendedahkan skandal itu.

"Editor dan penerbit organisasi berita bebas terakhir di Malaysia berpedapan hukuman penjara di bawah undang-undang yang melarang kandungan tertentu yang diterbitkan dengan 'niat untuk menyakitkan hati'.

“Pesaingnya pula ditutup pada Mac lalu selepas pihak berkuasa mengarahkan laman web itu disekat," katanya.


Najib menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, dan mendakwa mereka yang cuba untuk menggulingkan beliau terbabit membuat pertuduhan berkenaan.

Malah, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .