» » » SOSMA iaitu undang-undang untuk tangkap pengganas telah disalahgunakan oleh Najib Razak untuk tangkap pengkritiknya supaya tidak bersuara


"Di manakah janji kerajaan bahawa akta Sosma tidak akan sesekali digunakan untuk tujuan politik, tetapi diwujudkan bagi membendung pengganas?".

Itu persoalan dibangkitkan Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar kepada kerajaan selepas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin ditahan polis kelmarin.

Dakwanya, penangkapan sembrono ini beserta penyalahgunaan Sosma jelas membuktikan kegusaran pembangkang yang menolak akta ini termasuk Pota dan Poca, adalah tepat.

“Undang-undang Sosma, Pota dan Poca ini diketahui memberikan kuasa mutlak kepada kerajaan Datuk Seri Najib tanpa kebertanggunjawaban.


“Jelas bahawa akta Sosma, Pota dan NSC yang diluluskan dengan kadar luar biasa pantas pada tahun ini bukanlah untuk membendung pengganas dan aktiviti keganasan tetapi untuk menakutkan rakyat daripada menyuarakan salah guna kuasa dan dan dana oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyatan media, hari ini.

Maria ditahan oleh polis di bawah Akta Sosma dan perkara itu disahkan oleh peguamnya semalam.

Tambahnya lagi, tangkapan dan penahanan hampir 20 orang aktivis dan pemimpin pembangkang serta penahanan Maria di bawah akta Sosma membuktikan akta tersebut yang diwujudkan kerajaan BN untuk mengawal pengganas telah disalahgunakan.

“Lihat sahaja tangkapan sebelum, semasa dan selepas perhimpunan merupakan tindakan yang bukan sahaja bertentangan dengan amalan demokrasi, bahkan juga menampakkan sifat kerajaan yang mengamalkan kediktatoran.


“Kerajaan sering mengumumkan kononnya mereka menganjurkan amalan demokrasi yang sihat dan membuka ruang kebebasan bersuara yang inklusif bagaimanapun, tindakan menangkap aktivis, mahasiswa dan ahli parlimen dilihat bertentangan dengan apa yang mereka anjurkan,” tambahnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menggesa kerajaan membebaskan kesemua tahanan tanpa syarat .

“Perhimpunan aman semalam terbukti berlangsung dengan jayanya, kerajaan BN boleh hentikan perbuatan menyalahgunakan akta untuk menangkap aktivis dan pemimpin pembangkang hanya kerana perbezaan pendapat.


“Rakyat sudah semakin jelik dengan pentadbiran negara yang mana jelas dibuktikan dengan himpunan puluhan ribu rakyat di Pusat Bandaraya semalam,” katanya mengakhiri bicara.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .