» » » Rakyat Malaysia Kecuali Najib Razak dan kroninya wajib patuhi undang-undang


PERINGATAN supaya undang-undang tidak dilanggar selalu terdengar.

Begitu juga seruan agar undang-undang diikuti.

Paling akhir rakyat diberi amaran supaya tidak bertindak liar dan bercanggah dengan undang-undang apabila timbul perancangan hendak mengadakan tunjuk perasaan beramai-ramai.

Ini seolah-olah ura-ura demonstrasi itu berkebetulan dengan demonstrasi di AS yang tidak setuju dengan pemilihan Donald Trump sebagai presiden.

Di sana demonstrasi tidak dilarang. 

Namun polis tetap bertindak jika ia menjadi liar seperti merosakkan harta benda rakyat dan individu; keadaan keselamatan awam dan peribadi tergugat.

Selalunya peruntukan perlembagaan yang sesuai diungkit untuk mewajarkan tindakan. 

Kerap juga perlembagaan menjadi alasan apabila pihak berkuasa bertindak.

Tidak berapa lama dulu tiga orang pegawai penting Malaysia Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – telah terpisah dari jawatan masing-masing.

Baik disebut atau tidak, kuat-kuasa berlakunya perihal itu ialah berasaskan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak yang berkuasa.

Apabila seseorang melakukan kesilapan, terutama jenayah kewangan, ia akan dihukum menurut undang-undang.

Jika ada perbuatan-perbuatan baiknya pada masa-masa silam, ia dianggap sebagai perkara berlainan. 

Jelas sekali, undang-undang tidak memilih kasih atau memilih bulu.

Semua orang adalah sama di bawah undang-undang.

Dengan undang-undang, perdana menteri mendapat kuasa dan menguatkuasakan kuasanya. 

Itu di satu pihak.

Di pihak lain pula, rakyat pun faham batasan kuasa perdana menteri . 

Itulah sebabnya mengapa ungkapan ‘salah guna kuasa’ selalu digunakan.

Ramai presiden dan perdana menteri di negara-negara lain di Eropah, Afrika, bumi Arab dan Asia mengalami hukuman berat kerana salah menggunakan kuasa sehingga timbul penganiayaan dan korupsi besar-besaran.

Contoh-contohnya terlalu banyak untuk diulang di sini.

Ketika berada dalam tingkatan 2, saya menterjemahkan buku cerita Robin Hood, seorang tokoh hero sejak awal-awal saya memasuki sekolah Inggeris.

Dia juga dijadikan hero dalam beberapa buah filem Hollywood.

Meskipun gambar-gambar hiasan buku dan perlakuan dalam filem menunjukkan Robin Hood dan gengnya selalu riang hidup dalam hutan Sherwood, mereka dipanggil outlaws.

Terjemahan saya untuk outlaw ialah ‘orang di luar undang-undang’.

 Itu terjemahan bulat-bulat. 


Makna daripada Kamus Oxford ialah ‘orang yang tidak dilindungi undang-undang’.

Kini saya percaya, pengertiannya lebih dekat kepada ‘teroris’ (terrorist) yang digunakan secara berleluasa terhadap pemberontak di Eropah dan bumi Arab.

Jika zaman Robin Hood itu istilah outlaw dipakai untuk maksud ‘pengganas’ atau ‘tidak makan saman’, maka besar kemungkinan banyak outlaws yang terdapat dalam kalangan mereka yang ada kuasa.

Tidak kurang mereka yang dekat atau berkisar dengan kuasa Putrajaya.

Apa yang menarik tentang kuasa ialah ia boleh berlaku menurut keputusan mahkamah, dan boleh juga berlaku melalui tindakan pentadbiran.

Nasib tiga pegawai penting yang disebutkan di atas berlaku melalui pentadbiran, tanpa mahkamah. 

Namun kita belum tahu keadaan yang mungkin mereka tempuhi pada hari muka.

Pemegang kuasa selalu selesa apabila petugas di bawahnya menjalankan tugas menurut yang diarahkannya tidak kira sama ada ia betul atau pun salah.

Sering pula disebabkan keselesaan itu, maka muka dipandang ke arah lain apabila pelanggaran undang-undang berlaku. 

Untuk ini, beberapa kali sudah disebut tentang kes Watergate. 

Ia sangat-sangat relevan dengan batasan penggunaan kuasa. 

Bayangkan petugas menyelinap masuk pejabat lawan untuk mendapat maklumat, dikesani dan ditangkap.

Disebabkan ia satu perbuatan jenayah, maka Presiden Nixon, manusia terkuat di dunia, terpaksa turun dari jawatan.

Ini kerana petugas itu ialah orang di bawahnya. 

Itu satu kesalahan kecil. 

Jika berlaku di kebanyakan negara lain, mungkin termasuk Malaysia, ia mungkin dibuat ‘tak tahu’ dan dianggap sebagai permainan politik biasa.

Semua orang mencari rahsia! 


Tetapi tidak begitu dalam amalan demokrasi matang seperti di AS. 

Jenayah tetap jenayah, tidak kira kecil atau besar, kata mereka.

Perdana Menteri Najib Razak akan menjadi manusia besar dalam sejarah jika beliau berjaya menggunakan undang-undang secara bulat, tidak berat sebelah, terhadap rakyat yang jauh daripadanya dan petugas-petugas yang rapat dengannya.

Malangnya yang belaku selama ini ialah hanyalah salah-guna kuasa dan penyelewengan .

Orang yang boleh salah-gunakan kuasa hanyalah orang yang ada kuasa .

______________________________________________________________

Tan Sri Adam Kadir, mantan Presiden Senat dan ahli Kabin


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .