Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendedahkan yang pembangkang punyai tanggungjawab untuk selamatkan negara dan bukannya BN.
Menurutnya, keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli tidak akan melemahkan semangat mereka namun ia lebih menambahkan sokongan rakyat kepada pembangkang.
"Saya merasakan bahawa isu ini akan menambahkan sokongan rakyat terhadap usaha kami untuk bawa perubahan terhadap kerajaan untuk Pilihan Raya Umum akan datang.
"Selain itu, saya merasakan bahawa lagi banyak tindakan yang melampaui batas yang dilakukan kerajaan untuk menjaga kepentingan Datuk Seri Najib Razak, maka makin ramai rakyat akan naik meluat dan tidak puas hati," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, hari ini.
Semalam, Hakim Mahkamah Seksyen, Zulqarnain Hassan memutuskan bahawa Rafizi bersalah kerana melanggar Akta Rahsia 1972 (OSA).
Beliau dijatuhi hukuman penjara 18 bulan atas dua pertuduhan iaitu memiliki tanpa kebenaran dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seterusnya melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA.
No comments: