Menteri Ekonomi Rusia, Alexei Ulyukayev ditahan berhubung rasuah, lapor BBC News.
Jawatankuasa Siasatan Badan antirasuah Rusia berkata, Ulyukayev menerima bayaran sebanyak $2juta (RM8.6j).
Kementeriannya telah memberikan penilaian positif yang membawa kepada gergasi minyak Rosneft mengambil alih kepentingan 50% dalam syarikat minyak lain, Bashneft.
Beliau adalah pegawai Rusia berpangkat tertinggi ditahan sejak percubaan rampasan kuasa pada tahun 1991.
"Ini adalah mengenai pemerasan rasuah daripada wakil Rosneft disertai dengan ancaman," Svetlana Petrenko, seorang jurucakap bagi Jawatankuasa Siasatan, memberitahu agensi berita RIA Novosti.
"Ulyukayev telah ditahan kerana menerima rasuah dan akan didakwa tidak lama lagi," katanya.
Beliau boleh dikenakan hukuman penjara antara lapan dan 15 tahun jika sabit kesalahan.
Rosneft yang dikawal oleh kerajaan Rusia membeli 50% daripada Bashneft untuk $5b (RM 21.7b) pada bulan Oktober.
Jurucakap Rosneft memberitahu agensi berita Tass ia memperoleh pegangan Bashneft "mengikut undang-undang Rusia atas dasar tawaran komersial terbaik yang dibuat kepada bank yang beroperasi".
Ulyukayev telah dilantik menteri ekonomi pada tahun 2013.
Sebelum itu, beliau memegang jawatan timbalan pengerusi bank pusat Rusia selama satu dekad.
No comments: