Kenyataan akhbar membidas kerajaan kerana mengheret syarikat media berhubung kandungan video yang didakwa menjelik dan menyinggung perasaan mencurah selepas Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Human Rights Watch (HRW) melabelkan pendakwaan Gan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mahkamah siber hari ini "ibarat tindakan rejim diktator".
"Tuduhan terhadap Malaysiakini adalah pencabulan serius kebebasan akhbar dan menunjukkan ciri diktator Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaannya yang semakin menebal.
"Dengan hak menyalahgunakan undang-undang, hujah-hujah yang mengarut dan mahkamah siber khas, Malaysia nampaknya mahu menamatkan persekitaran berita dalam talian yang meriah dan pelbagai serta subur berkembang kerana kawalan dan penapisan akhbar dan tv arus perdana kerajaan," kata Timbalan Pengarah HRW, Asia Phil Robertson dalam satu kenyataan.
Awal hari ini, Gan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (Cyber) terhadap dua pertuduhan kerana menyiarkan satu video yang didakwa jelik dan menyakitkan hati dalam laman web anak syarikat Malaysiakini, KiniTV, yang ditonton oleh orang ramai.
Video bertajuk “Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan” dan satu lagi video sama yang menggunakan tajuk bahasa Inggeris memaparkan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengkritik Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali disiarkan di KiniTV pada 27 Julai lalu.
Gan juga berdepan dua pertuduhan berasingan selaku pengarah KiniTV.
Beliau kemudiannya , dibebaskan dengan bon peribadi sementara menunggu perbicaraan.
Sementara itu, dalam reaksi segera, badan pemantau hak media Gerakan Media Merdeka (Geramm) melahirkan rasa kesal dengan pendakwaan terhadap Gan kerana menyiarkan komen yang didakwa jelik oleh seorang ahli politik.
“Difahamkan pertuduhan hari ini juga dibuat setelah pihak KiniTV bersetuju untuk memadamkan kenyataan yang didakwa menyinggung perasaan, satu langkah regresif dalam usaha memberi tekanan kepada media.
“Kami dengan ini berharap semua pihak dapat menjaga dan terus memperjuang kebebasan media dan laporan bertangggunjawab dalam ruang demokrasi yang sihat,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Turut mengulas isu yang sama adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyoal sama ada kerajaan persekutuan pimpinan BN mengamalkan dwi-standard.
Ini kerana sementara Malaysiakini didakwa kerana kandungan yang didakwa menyinggung perasaan, media kawalan BN seperti TV3 bebas melakukan perkara sama kepada beliau dan pegawai lain di siaran mereka.

No comments: