Pasangan itu dilaporkan sudah ditahan dan dituduh di Mahkamah Shah Alam, pagi ini.
Pada sidang akhbar hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasangan itu akan disiasat kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas dan gangguan seksual.
Khalid dalam tweet mengesahkan pasangan itu telah ditangkap semalam dan akan didakwa hari ini di bawah seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
@PDRMsia sahkan, pasangan ini telah di tkap semlm dan akan dituduh pg ini kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam 353 KK pic.twitter.com/XMLhWP5ECO — Khalid Abu Bakar (@KBAB51) November 25, 2016
Dalam video 2 minit itu yang dipercayai berlaku kira-kira jam 10.24 pagi semalam itu, mangsa bersama seorang rakan setugas sedang menjalankan tugas di kawasan Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.
Seorang wanita dipercayai pemilik kereta itu kemudian menyerbu mangsa dan dengan nada kasar mendakwa kononnya dia sudah membeli kupon.
Mangsa memaklumkan dia tidak boleh membatalkan saman yang sudah dikeluarkan menyebabkan suspek tidak berpuashati dan memanggil seorang rakan lelakinya.
Lelaki itu kemudian dirakamkan menengking mangsa, selain mengugut mahu mencederakannya.
Suspek wanita pula terus menarik belakang baju mangsa yang cuba beredar dan suspek lelaki pula menggunakan tubuhnya menghimpit mangsa, selain cuba mengambil gambar mangsa menggunakan telefon bimbitnya.
No comments: