» » » Tiada masalah dengan hak istimewa orang Melayu dan juga untuk semua masyarakat yang memerlukan bantuan

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata parti itu menyokong kedudukan hak istimewa bumiputera dikekalkan.

Bagaimanapun, katanya, ini harus secara berdasarkan keperluan dan bantuan juga perlu diperluaskan kepada bangsa lain.

"Pendirian DAP, kita masih menyokong hak istimewa orang Melayu dan juga untuk semua masyarakat yang memerlukan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur malam tadi.

Ketika diminta mengulas lanju, Lim berkata, "(Bagi) mereka yang memerlukan. Bantu orang Melayu yang terpinggir; ini sentiasa adalah pendirian DAP. Kita bantu orang Melayu yang mundur, bukan menyokong 'Umnoputra'.

"Dengan cara yang sama, bukan Melayu yang mundur dan memerlukan bantuan juga perlu diberikan program (tindakan) afirmatif."

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan sulung Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Selangor.

Pada ucapannya, Ahad lalu, Muhyiddin berkata BERSATU dan parti-parti pembangkang lain bersetuju untuk mempertahankan kedudukan hak istimewa bumiputera selagi ia masih termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

ADUN DAP bagi Kuala Kubu Baru, Lee Kee Hiong, yang turut hadir semasa ucapan itu di bekas penempatan Felda, mengangguk bersetuju apabila Muhyiddin berpaling kepada beliau dan meyoal sama ada dirinya bersetuju.

Sementara itu, Lim cuba menjawab secara terus terang ketika diajukan soalan sama ada penampilan Lee di acara itu bersama dengan Muhyiddin bermakna DAP kini secara rasmi bekerjasama dengan BERSATU.

"Kita akan bekerjasama dengan semua yang setuju bahawa ada keperluan untuk perubahan - bukan sahaja untuk menukar (Perdana Menteri) Najib, tetapi juga sistem itu," katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .