» » » Skandal 1MDB dikaitkan dengan ahli perniagaan Amerika yang aturkan lawatan saudara mara Najib Razak ke Rumah Putih.


Penyiasat percaya sebahagian wang yang didakwa daripada dana pelaburan negara bermasalah 1MDB telah pergi kepada seorang usahawan Amerika Syarikat, yang mengatur lawatan saudara mara perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Rumah Putih.

Menurut The Wall Street Journal (WSJ), usahawan itu adalah Frank White Jr, salah seorang pengasas firma pelaburan DuSable Capital Management LLC, yang juga mengumpul dana untuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan calon presiden Hillary Clinton.

US Financial Daily hari ini melaporkan bahawa menurut individu yang biasa dengan siasatan itu, penyiasat percaya AS $10 juta yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB telah mengalir secara tidak langsung kepada White dalam urusan perniagaan.

1MDB juga telah membayar AS$ 69 juta untuk membeli satu unit DuSable daripada perjanjian mereka untuk membina loji kuasa solar, kata WSJ.

"White dan DuSable telah memberikan maklumat kepada penyiasat, menurut sumber yang biasa dengan perkara itu.

"Siasatan tidak menyebabkan sebarang dakwaan salah laku terhadap White atau DuSable," WSJ melaporkan hari ini.

Erik Smith, seorang jurucakap White dan DuSable, berkata mereka tidak mengetahui apa-apa dakwaan bahawa 1MDB adalah "mangsa kecurian" apabila mereka mempunyai hubungan dengan dana negara itu.

Urusan mereka dengan 1MDB, tambahnya, "bertujuan untuk menyediakan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia, mewujudkan peluang pekerjaan di Amerika Syarikat dan mendapat sokongan untuk Malaysia di Amerika Syarikat".

1MDB dan DuSable bekerjasama pada projek berkuasa solar, yang mana ahli perniagaan kontroversi Jho Low membantu terhadapnya, lapor WSJ.

"Mereka kata Low memberitahu orang lain usahanya membantu Najib merapati Obama, yang bermain golf dengan perdana menteri di Hawaii semasa Krismas pada 2014," lapor WSJ.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan yang dibuat dalam laporan WSJ dan sedang menghubungi Pejabat Perdana Menteri untuk jawapan.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .