» » » Kampus Matrik di Labuan terpaksa 'tanggung' pelajar makan akibat elaun yang lewat diberi lebih daripada 2 bulan


Pengetuanya Sawang Amit berkata para pelajar itu, dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana menerima bantuan makanan setiap hari daripada pengurusan untuk sarapan pagi hingga makan malam.

“Penggantungan elaun oleh Kementerian Pendidikan hanya sementara dan kami telah membuat rayuan kepada kementerian untuk mempercepatkan pembayaran elaun,” kata beliau kepada media semalam.

KML kini mempunyai kira-kira 2,500 pelajar dari pelbagai negeri di negara ini dan setiap seorang daripada mereka menerima RM250 setiap bulan sepanjang tempoh pengajian selama 10 bulan atau dua semester.

“Bagaimanapun, pelajar bagi sesi pengambilan 2016/17 hanya menerima elaun bagi bulan Jun dan Julai, dan mereka tidak menerima elaun tersebut sejak itu,” katanya.

Sawang juga menafikan dakwaan bahawa “gotong-royong” atau kerja kemasyarakatan akan diadakan esok untuk membantu memasak makanan untuk pelajar yang berlapar.

Satu pesanan dalam WhatsApp menjadi viral minggu lepas bahawa kira-kira 150 pelajar berlapar dan setengah daripada daripada mereka didapati berkongsi pek mi “maggi” dan menyeru orang ramai bersama-sama dengan pensyarah kolej untuk membawa makanan mentah, termasuk beras dan minyak masak bagi pelajar tersebut.

“Tidak ada gotong-royong diadakan pada Ahad seperti dihebohkan dalam WhatsApp yang menjadi viral. Pengurusan KML dengan bantuan kafeteria akan menyediakan makanan setiap hari kepada pelajar yang memerlukan ... dan kira-kira 100 pelajar dipilih untuk menerima bantuan itu,” katanya.

Sawang bagaimanapun berkata pihak pengurusan KML juga mengalu-alukan bantuan kewangan daripada badan-badan korporat untuk membantu meringankan beban pelajar.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .