» » Shafie tubuhkan Parti Warisan Sabah untuk tewaskan Najib Razak dan kuncu-kuncunya


Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan parti sedia ada yang diambil alih oleh bekas menteri Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang dinamakan semula sebagai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Sebelum pengambilalihan itu, parti berkenaan dikenali sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 2013.

ROS juga meluluskan logo dan perlembagaan seperti dalam permohonan Shafie.

Shafie adalah presiden baru WARISAN manakala bekas ahli parlimen PKR Penampang Darrel Leiking pula dilantik sebagai timbalan presiden.

Bekas ADUN DAP Likas, Junz Wong dan bekas ADUN BN Sulabayan, Jaujan Sambakong menjadi naib presiden baru WARISAN.

Shafie ketika ditemui di parlimen belum memutuskan sebarang kerjasama dengan gabungan pembangkang Pakatan Harapan buat masa ini.

“Kita tengoklah nanti.

"Kerana niatnya untuk tumbangkan BN di Sabah,” katanya ketika ditanya sama ada WARIASAN akan bergabung dengan HARAPAN.

Sementara itu, Darrel pula diminta membandingkan kegiatannya ketika bersama PKR sebelum ini.

“Lebih baik bekerja dengan Datuk Shafie,” katanya ketika ditanya berkaitan PKR.

Ditanya sama ada PKR tidak berdaya saing di negeri itu, Darrel menjawab”

“Semua orang berdaya saing tetapi secara peribadi, ini gerakan yang tepat untuk kegemilangan Sabah sekali lagi.”

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .