» » » Pembuli disekolah akan digantung sekolah setahun


Susulan kejadian membuli di kalangan pelajar semakin kerap berlaku kebelakangan ini, kementerian pendidikan mencadangkan hukuman gantung persekolahan selama setahun untuk pelajar yang terbabit dengan kes buli yang serius.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hukuman gantung persekolahan masih di peringkat cadangan sahaja, sekiranya diluluskan, pihak kementerian akan mula melaksanakannya pada Januari tahun depan.

"Dalam tempoh sebulan ini, kita akan nilai setiap maklum balas daripada orang ramai. Jika tiada cadangan hukuman yang lebih baik daripada gantung persekolahan selama setahun, kita jangka akan laksanakan pada awal tahun depan."

Beliau turut menjelaskan, setelah tamat tempoh penggantungan, pelajar terbabit tetap masih boleh menjalani ujian UPSR, PT3, PMR , STPM dan lain-lain peperiksaan utama anjuran pihak kerajaan.

"Pembuli yang digantung itu akan dilibatkan dengan kerja-kerja kebajikan atau dimasukkan ke pusat pemulihan dalam tempoh berkenaan sebagai syarat memulakan persekolahan semula.

Demi masa depan pelajar, saya tidak setuju terus buang sekolah ke atas pelajar berkenaan."


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .