» » » Perodua cadangkan kerajaan beri insentif khas kepada pembeli


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berharap kerajaan mempertimbang memberi insentif khas kepada pembeli kereta nasional pertama dalam Bajet 2017.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, langkah itu dapat menggalakkan perbelanjaan pengguna yang akan memberi kesan kepada keseluruhan ekosistem automotif serta industri kewangan dan insurans, memandangkan keadaan ekonomi yang lembap dalam tempoh terdekat,

Beliau berkata, insentif berkenaan, misalnya boleh dalam bentuk pengurangan jumlah bayaran muka.

Aminar berkata, harapan Perodua dalam bajet yang akan dibentangkan termasuk pelan hala tuju Dasar Automotif Negara yang berterusan dalam meliberalisasi pasaran.

"Bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk memastikan vendor tempatan mempunyai masa cukup meningkatkan kecekapan dan keupayaan untuk bersaing secara adil.

Beliau berkata, Perodua juga berharap kerajaan terus menyokong industri automotif tempatan, seperti negara maju lain, termasuk Jerman, Korea Selatan, Jepun dan juga Amerika Syarikat, dari segi insentif.

"Ia akan menggalakkan aktiviti pembuatan, di samping meningkatkan keupayaan vendor dan pengeluar peralatan tulen. Pada masa sama, membantu menggalakkan eksport dalam ekosistem automotif.

Namun beliau berkata, pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) akan memberi kesan positif kepada ekonomi secara keseluruhan, kerana bank akan mengurangkan kadar pinjaman dan merangsang perbelanjaan.

"Kami menghormati pendirian bank pusat berhubung garis panduan pinjaman namun kami juga percaya semua institusi kewangan perlu melaksanakannya berdasarkan kes, bukannya mempunyai satu peraturan untuk semua," katanya.

Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober 2016 ini.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .