» » » Penyokong BERSIH terpaksa pertahankan diri bila diserang oleh Jamal dan kuncu-kuncunya


Kumpulan Baju Merah dan penyokong BERSIH bertempur buat kali pertama di Teluk Intan hari ini.

Kejadian itu berlaku selepas pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Datuk Md Yunos cuba merampas kain rentang daripada kumpulan konvoi berkenaan.

Peserta BERSIH yang dalam perjalanan dari Lumut ke Teluk Intan disekat ketika tiba ke destinasi akhir mereka oleh kumpulan diketuai Jamal.

Anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Jay Jay Denis, yang berada di sana berkata mereka cuba berunding dengan Jamal kerana hanya mahu menuju ke Menara Condong untuk mengedarkan risalah.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jamal enggan berganjak dan tiba-tiba cuba merentap kain rentang yang dibawa oleh tiga peserta Bersih.


"Dia menumbuk lelaki yang berada di tengah-tengah dan kemudian berlaku tolak menolak," katanya.

Beberapa peserta cedera semasa pergelutan itu tetapi tiada siapa mengalami sebarang kecederaan serius.

Kira-kira 60 penyokong Baju Merah dan 50 peserta BERSIH berada di sana, katanya.

Pengurus sekretariat BERSIH Mandeep Singh berkata peserta mereka berundur untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Dalam video yang disiarkan di laman Facebook BERSIH, polis yang telah bersiap sedia dilihat bergerak di antara kedua-dua kumpulan untuk meredakan keadaan.

Polis rusuhan juga dilihat hadir di lokasi itu.

Video provokasi baju merah dan serangan .


ADUN Pasir Bedamar ADUN Terence Naidu, yang merupakan sebahagian daripada konvoi BERSIH, berkata beliau juga telah ditolak dalam kejadian itu.

Manakala ADUN Changkat Jong ADUN Mohd Azhar Jamaluddin juga dikatakan hadir ketika konfrontasi berkenaan walaupun tidak terjebak dalam pergelutan itu.

Selepas kejadian itu, konvoi BERSIH berpindah ke pejabat AMANAH di Teluk Intan dan meneruskan acara mereka membawa obor di sana, kata Mandeep.

Tambahnya, walaupun percubaan Jamal mengganggu konvoi berkenaan, mereka berjaya membawa mesej dari Lumut ke Teluk Intan.

"Walaupun apa sahaja keganasan, saya fikir dia telah gagal untuk menghalang kita," katanya.

Ini merupakan kejadian kedua antara penyokong Baju Merah dan peserta konvoi BERSIH yang bergerak dari Lumut. Sebelum itu mereka didatangi sekumpulan 30 hingga 40 penyokong Baju Merah yang bermotosikal.

Geng Baju Merah berkenaan dikatakan telah mengekori konvoi terbabit, menarik bendera, menendang dan menumbuk cermin sisi kenderaan mereka.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .