» » » BERSIH 5 turut diserang dan diprovokasi oleh baju merah di Teluk Intan


Konvoi BERSIH 5 di Lumut, Perak yang merupakan sebahagian konvoi BERSIH 5 yang dilancarkan di seluruh negara, didakwa diganggu sekumpulan penyokong baju merah yang bermotosikal ketika kumpulan reformasi pilihan raya itu memulakan perjalanan mereka pagi ini.

"Ya. Mereka mengganggu apabila kami berkumpul di Marina Wings Water Front di Lumut. Mereka berjumlah sekitar 100 orang.

"Mereka menjerit, 'Mati! Mati! Bersih! Bersih!", kata pengurus sekretariat BERSIH, Mandeep Singh, yang turut bersama dengan konvoi itu, kepada Malaysiakini.

Menurutnya, apabila mereka mula bergerak pada kira-kira jam 9.30 pagi, penunggang motosikal baju merah sekitar 30 hingga 40 motosikal mengekori konvoi itu dan mula menarik bendera dari kenderaan konvoi, menendang kereta dan menumbuk cermin sisi.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada sebarang gangguam fizikal ke atas peserta setakat ini.

"Tetapi kita tidak pasti apa yang akan berlaku jika kita berada di luar," katanya.

Mandeep berkata peserta konvoi itu kemudiannya berpecah dan berkumpul semula di suatu tempat dalam perjalanan ke Teluk Intan selepas jam 12 tengahari, dan mereka tidak tahu di mana penunggang motosikal baju merah itu berada.

Video provokasi dan serangan di Teluk Intan 



Mandeep berkata terdapat anggota polis berpakaian biasa merakam insiden itu menggunakan kamera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa ketika ia berlaku.

Ditanya sama ada mereka akan membuat laporan polis, Mandeep berkata dengan kehadiran anggota polis dan rakaman semasa insiden itu, ia mungkin tidak perlu, tetapi beliau berkata mereka akan mengumumkan tindakan seterusnya dalam sidang akhbar lewat hari ini.

"Saya rasa tidak ada keperluan untuk kita (buat) laporan polis, kerana polis hadir apabila ia berlaku. Pihak polis perlu mengambil tindakan kerana mereka mempunyai rakaman," katanya.

Menurut Mandeep, ketua polis daerah juga dilihat di sana.

"Mereka perlu mengambil tindakan kerana mereka menyaksikan kejadian itu," kata Mandeep.

Beliau berkata, polis perlu mengambil tindakan dan menghentikan tindakan ganas itu terhadap konvoi aman Bersih 5 konvoi.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .