» » » Manchester United mahukan Antoine Griezmann


Tempoh perpindahan pemain mungkin tertutup rapat, tetapi jangan anggap tiada risikan dan perbincangan berlaku ketika ini.

Berikut adalah antara tawaran dan rundingan yang sedang berlangsung melibatkan beberapa pasukan terkemuka seperti dilaporkan ESPN FC.

Manchester United kini sedang bersiap sedia untuk sekali lagi memecah rekod perpindahan pada musim panas akan datang dalam usaha untuk mendapatkan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

The Mirror mendakwa United membelanjakan £89.3 juta untuk Paul Pogba pada Ogos tetapi kini sedang merangka satu lagi perpindahan untuk menarik perhatian Griezmann.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 25 tahun yang memenangi Kasut Emas pada Euro 2016 itu dikatakan telah maklum berhubung minat United untuk mendapatkan khidmatnya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .