» » » Azmin enggan komen langkah terbaru Ezam asertai BERSATU


Datuk Seri Azmin Ali enggan menyatakan pandangan berhubung tindakan bekas sekutunya Ezam Mohd Nor menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Menurut timbalan presiden PKR itu tindakan Ezam berkenaan adalah keputusan peribadi bekas senator berkenaan.

"Saya tidak boleh mewakili BERSATU tetapi saya fikir apa yang perlu sekarang ialah menggerakkan seluruh sokongan untuk menghadapi Umno dan BN pada pilihan raya akan datang," katanya kepada media di Kuala Selangor malam tadi.

Azmin dan Ezam adalah bekas orang kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bekas ketua pembangkang itu berada dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad. Kedua-dua mereka adalah setiausaha Anwar.

Bagaimanapun selepas Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri Azmin dan Ezam menyertai gerakan reformasi.

Ezam kemudian menyertai Umno, dilantik sebagai senator dan jawatan terakhirnya dalam kerajaan ialah pengarah komunikasi Kementerian Kewangan.

Pada 2 Oktober lalu Ezam mengumumkan keluar Umno selepas menganggap parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.

Menurutnya, keputusan sukar itu diambil bagi mempertahankan prinsip perjuangannya dan demi melakukan perubahan di negara ini.

Malaysiakini pada 13 Oktober pula melaporkan Ezam, 52, mengesahkan memohon menjadi ahli BERSATU selepas menyerahkan borang keahlian kepada presiden penaja parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Difahamkan pemimpin utama BERSATU akan mengadakan perbincangan sebelum meluluskan permohonan Ezam.

Antara lain disebabkan pertimbangan kelantangan Ezam mengkritik Dr Mahathir sebelum ini.

Dr Mahathir adalah pengerusi penaja BERSATU.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .