» » » Ganja RM16,182 dirampas


Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun serta merampas ganja bernilai RM16,182 dalam serbuan di tempat letak kereta di sebuah hotel di Jalan Raja Dihilir, di sini Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, Asisten Komisioner VR Ravi Chandran berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya menyerbu di kawasan berkenaan pada jam 11.30 pagi dan mendapati suspek dipercayai membawa beberapa bungkusan ganja ke dalam kereta Hyundai Accent.

Katanya, ketika polis cuba menahan lelaki berkenaan, berlaku sedikit pergelutan sebelum polis berjaya menahan suspek berkenaan.

"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau yang hampir kesemuanya membabitkan dadah dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine manakala kereta digunakan suspek dipercayai kereta curi yang dilaporkan hilang pada Khamis lalu,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari Ini.

Menurut Ravi Chandran, hasil pemeriksaan dalam kereta berkenaan, polis menemui 8.09 kilogram dadah jenis ganja bernilai RM16,182 dipercayai untuk diedar di kawasan bandar raya Ipoh.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .