Seorang warga emas berusia 74 tahun ditahan kerana dipercayai meliwat dua cucunya yang berusia 9 dan 11 tahun.
Hasil soal siasat, dua beradik di Kuala Nerang, Kedah itu mendakwa telah diliwat oleh datuk mereka lebih daripada sepuluh kali.
Ketua Polis Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan suspek ditahan di rumahnya selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu.
Hasil siasatan mendapati, perbuatan terkutuk itu berlaku selepas suspek tinggal bersama dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan sejak 9 bulan lepas.
Difahamkan, datuk mereka melakukan perbuatan songsang itu ketika ketiadaan ibu bapa mangsa.
Sementara itu, ibu tiri mangsa berkata, kelakuan sumbang itu terbongkar apabila seorang lagi adik mangsa memaklumkan suspek kepadanya serta bapa mereka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
No comments: