Seramai 2,600 graduan perubatan yang belum ditempatkan di mana-mana hospital dan pusat kesihatan di seluruh negara, akan diberikan latihan 'housemanship' dalam masa terdekat, sebelum diserap ke jawatan kontrak
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata latihan 'housemanship' berkenaan adalah inisiatif yang diambil kementerian untuk menyelesaikan masalah penempatan yang dihadapi graduan perubatan berkenaan
Beliau berkata, latihan itu juga dilihat dapat melahirkan doktor berpengalaman dengan memberi persediaan awal kepada graduan perubatan terbabit, sebelum dihantar ke hospital dan pusat kesihatan untuk bertugas
"Kita menyedari masalah yang dihadapi graduan perubatan yang tidak mendapat tempat selepas tamat pengajian. Mereka terpaksa menunggu lama untuk bekerja di mana-mana hospital di seluruh negara
"Masalah itu menyukarkan kementerian, namun melalui bajet 2017 yang dibentangkan semalam , ia memudahkan kita melaksanakan program 'housemanship' bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi graduan terbabit," katanya pada sidang media di Pejabat MIC Pulau Pinang, di sini, hari ini
Dalam pembentangan Bajet 2017 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan sejumlah hampir 2,600 graduan perubatan yang tidak mendapat penempatan menjalani 'housemanship' di hospital kerajaan, mereka kini boleh melakukan 'housemanship' secara kontrak
Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember ini kerana kekangan jawatan tetap.
No comments: