» » » Cadangkan Switzerland gantung urus niaga dengan Malaysia yang banyak terlibat dengan rasuah dan penyelewengan


NGO antarabangsa, Tabung Bruno Manser mahu kerajaan Switzerland menggantung rundingan perdagangan dengan Malaysia sehingga pihak berkuasa negara ini menyediakan bantuan guaman bersama (MLA) penuh dalam siasatan pejabat peguam negara Swiss (OAG) ke atas 1MDB.

OAG mula memohon Malaysia menyediakan bantuan seawal Januari, tetapi sehingga hari ini belum dilaksanakan.

Mereka sekali lagi memohon bantuan Malaysia pada Rabu lalu untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan penemuan terbarunya, di mana AS$ 800 juta didakwa disalahgunakan daripada pelaburan sumber asli yang dibuat oleh firma SRC International.

"Pendakwa raya Swiss meningkat tekanan ke atas Malaysia untuk menyalurkan bantuan guaman bersama dalam siasatan yang sedang berterusan ke atas 1MDB," kata NGO yang berpangkalan di Switzerland itu.

"Pihak berkuasa Swiss mengesyaki bahawa skim Ponzi telah digunakan untuk menyembunyikan penyelewengan daripada dana SRC dan 1MDB yang dimiliki oleh kerajaaan.

"Pada masa ini, empat individu dan sebuah bank sedang disiasat oleh pendakwa raya persekutuan Switzerland.

"OAG juga menyatakan bahawa walaupun telah menerima bukti dokumen daripada pihak berkuasa di Singapura, namun mereka masih menunggu kerjasama Malaysia dalam siasatan itu,” katanya.

OAG memulakan prosiding ke atas dua bekas pegawai 1MDB dan terhadap individu yang tidak dikenali kerana disyaki merasuah pegawai awam asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan salah urus jenayah, pada 14 Ogos 2015.

Ini mencetuskan permohonan pertama OAG untuk bantuan guaman bersama daripada pihak berkuasa Malaysia.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi 1MDB, SRC International dan Jabatan Peguam Negara Malaysia untuk ulasan mereka.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .