» » » 3 suspek curi kenderaan ditahan


Polis Kontinjen Perlis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai kenderaan bernilai RM190,000 di Padang Besar, 28 September lalu.

Antara kenderaan dirampas termasuk Honda, Volkswagon dan Proton selain motosikal Yamaha RXZ, disyaki kenderaan curi.

Ketua Polis negeri Senior Asisten Komisioner Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejayaan itu sekali gus membongkar kegiatan mencuri dan meleraikan komponen.

"Sebahagian daripada kenderaan berkenaan dilaporkan dicuri di luar Perlis dan dipercayai untuk dijual atau dileraikan komponennya untuk dijual di pasaran tempatan mahupun negara jiran.

"Jumlah rampasan dianggarkan RM190,000. Dua daripada suspek terbabit turut memiliki antara lima hingga 13 rekod jenayah lampau," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, hari ini.

Menurut Ab Rashid, siasatan mendapat ketiga-tiga suspek berusia 24 hingga 26 tahun positif dadah melalui ujian air kencing yang dilakukan terhadap mereka.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan berkaitan curi kenderaan selain Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana disyaki memiliki kenderaan curi.

"Kita juga melakukan siasatan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keretangan berkaitan pemilikan harta curi," katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .