» » » Budak perempuan 12 tahun dakwa jadi mangsa seks kenalan WeChat


Seorang budak perempuan berumur 12 tahun dipercayai diberikan dadah dan menjadi mangsa seks lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi WeChat sejak Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata perkara itu
terbongkar selepas kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Alor setar selepas ibunya membuat laporan polis semalam.

Katanya hasil siasatan mendapati kanak-kanak tersebut mengenali lelaki
berusia 24 tahun itu daripada aplikasi WeChat dan dipercayai telah beberapa kali melakukan hubungan seks.

"Kanak-kanak itu mendakwa telah diberi dadah dan polis percaya kanak-kanak itu juga telah melakukan hubungan seks dengan lelaki lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini.

Katanya polis telah mengenal pasti identiti lelaki itu yang mempunyai rekod jenayah dadah dan sedang giat memburunya.

Beliau menasihati ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka termasuk dalam penggunaan media sosial bagi mengelak kejadian seperti itu berlaku kepada keluarga mereka


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .