» » » 2 bekas pegawai BSI didakwa di Singapura kerana terlibat dalam skandal penyelewengan berbilion ringgit 1MDB Najib Razak


Polis Singapura hari ini mendakwa dua bekas kakitangan bank BSI Singapura sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan pihak berkuasa negara itu yang membawa kepada penutupan cawangan bank berkenaan Mei lalu.

Bekas naib presiden kanan BSI Singapura Yak Chee Yew didakwa melakukan pemalsuan dokumen dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan.

Ketika berkhidmat di bank berkenaan Yak juga bertanggungjawab sebagai pegawai yang mengendalikan perhubungan antara BSI Singapura dengan syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia 1MDB.

Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura turut memfailkan dakwaan sama ke atas bekas pengarah bank itu, Yvonne Seah.

Pada Mei lalu bank pusat Singapura merujuk Yak dan Seak - dua daripada enam pegawai pengurusan kanan dan kakitangan bank itu - ke pegawai pendakwa raya untuk disiasat sama ada mereka melakukan jenayah atau tidak.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .