» » » Adik Najib Razak sekali lagi rayu supaya Majlis Perundingan Kebangsaan ditubuhkan untuk kebajikan rakyat Malaysia


Ahli perbankan terkemuka Datuk Seri Nazir Razak mengakui terdesak selepas mengulangi cadangan agar sebuah majlis perundingan kebangsaan (NCC) kedua ditubuhkan minggu lepas.

Di Instagram semalam, Nazir berkata portal berita The Malay Mail menggunakan gambar beliau 'dalam keadaan terdesak' berhubung seruan agar NCC ditubuhkan di bawah Majlis Raja-Raja.

Nazir, yang merupakan adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, melahirkan harapan bahawa ideanya dipertimbangkan dengan serius.

Beliau berkata pemimpin masyarakat perlu berkumpul untuk menentukan semula dasar kebangsaan.

"Masalah dan ketegangan tidak boleh ditangani sedikit demi sedikit, ia perlu menyeluruh, dan keutamaan adalah generasi hari ini dan cabarannya.

"Saya tahu saya mengulanginya tetapi saya berasa terdesak," akuinya.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes turut mengulas mengenai tulisan Nazir di Instagram.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .