» » Wanita Malaysia dijangkiti zika di Singapura


Seorang wanita rakyat Malaysia berusia 47 tahun dipercayai menjadi pesakit pertama dijangkiti virus zika di Singapura.

Kementerian Kesihatan Si*ngapura (MOH) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura dalam satu kenyataan semalam berkata, memandang mangsa tidak berkunjung ke kawasan-kawasan yang kes itu dilaporkan, dia mungkin telah dijangkiti virus tersebut di Singa*pura.

Wanita itu tinggal di Blok 102 Aljunied Crescent, Geylang dan bekerja di republik ini.

Kenyataan itu turut memetik Menteri Kesihatan, Gan Kim Yong sebagai berkata, MOH dan NEA sedang bekerjasama bagi menjalankan kawalan vektor dan pemeriksaan ke atas penduduk yang mengalami demam dan ruam bagi mengurangkan risiko penyakit itu terus merebak.

Virus zika boleh mengakibatkan bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan otak.

“Kami juga telah memaklumkan klinik-klinik di kawasan tersebut untuk mengenal pasti kes-kes yang disyaki dan merujuknya kepada Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) untuk ujian,” katanya. Dalam pada itu, MOH dan NEA berkata, pesakit tersebut mengalami demam, ruam dan konjunktivitis sejak 25 Ogos lalu.

“Dia menemui seorang doktor pada 26 Ogos (kelmarin) lalu dan dirujuk ke CDC di Hospital Tan Tock Seng apabila ujian yang dijalankan mendapati dia positif zika pada 27 Ogos (semalam).

“Dia telah dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian di CDC dan kini semakin baik dan pulih,” kata agensi itu.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .